Monday, July 19, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform

3 hari 2 malam (16.07.2010-18.07.2010) berada di Pusat Latihan Binsulok boleh dianggap mencabar bagi sesetengah peserta perkhemahan. Ini kerana sebelum ini pernah dibuat semalam sahaja dengan aktiviti yang begitu padat, tapi kali ini lebih banyak lagi aktiviti yang telah disajikan kepada mereka mencakupi beberapa aspek kendiri seperti sabar, bekerjasama, berdikari, ketahanan mental dan fizikal serta menguji kreativiti peserta masing-masing.

Beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 3hari 2malam perkhemahan unit beruniform ini antaranya membuat logo dan lambang setiap kumpulan, ikhtiar hidup, kembara, ceramah motivasi dan mencari harta karun.

Turut diselitkan juga sempena perkhemahan yang mengumpulkan murid tahap dua ini, AJK perkhemahan unit beruniform telah bersetuju untuk mengadakan forum "Anakku Cemerlang" yang dikendalikan oleh PIBG SK Pengiran Jaya khas untuk ibubapa murid.

Program berakhir pada hari ahad jam 1.30 tengahari. Guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini...mereka adalah yang terunggul...walaupun siap hari ahad tapi hari isnin tetap juga pergi ke sekolah. Syabas dan tahniah.

gambar karang ah...balum transfer lagi. =.='

No comments:

Post a Comment