Friday, October 23, 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-52

Persediaan pentas utama ringkas dan sederhana.



Pelbagai pertandingan diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah pada tahun ini. Majlis diadakan secara ringkas dan sederhana namun semangat kemerdekaan tetap ada. Tahniah kepada para pemenang pertandingan dan guru-guru yang menjayakan majlis ini.
Majlis dimulakan dengan doa dipimpin oleh Ustaz Herwan.


1 Malaysia

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh yang bebahagia Guru Besar SK Pengiran Jaya, Encik Arshad bin Muslim.


Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan 1430H


Warga SK Pengiran Jaya Mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan.
Semoga ibadah kita pada bulan ini menuntun kita menjadi orang yang bertaqwa.

Tuesday, August 18, 2009

Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah


"RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-52 Peringkat Sekolah telah pun dilancarkan pada majlis perhimpunan Isnin lepas iaitu pada 17 Ogos 2009. Pelancaran ini disempurnakan oleh tuan guru besar Encik Arshad Bin Muslim.

Sambutan ini bermula pada 17 Ogos 2009 dan berakhir pada acara kemuncak iaitu pada 1 Oktober 2009.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang program ini seperti:
  1. Pertandingan mewarna - tahap satu
  2. Pertandingan melukis poster - tahap dua
  3. Pertandingan Koir lagu-lagu Patriotik - setiap kelas
  4. Pertandingan Kelas patriotik - setiap kelas
  5. Pertandingan Sayembara Puisi - murid dan guru
  6. Menghiasi sekolah dengan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah.
  7. Pertandingan Kuiz Kemerdekaan - tahap dua
  8. Larian Merdeka
Diharapkan acara-acara ini memberi sedikit sebanyak penghayatan kepada warga sekolah khususnya para murid akan Hari Kemerdekaan itu sendiri serta dapat menjiwai semangat patriotisme pada setiap individu.

Saturday, August 15, 2009

Kelas Malam UPSR

Antara gambar yang diambil semasa kelas matapelajaran Sains.

Tekun menjawab soalan. Antara kumpulan murid tahun 6 yang tekun menjawab soalan-soalan latihan dibawah pengawasan Encik Tajudin.



Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan belajar. Guru Sains, Puan Dg.Mariah memberi tunjuk ajar semasa kelas dijalankan.

Bilik Kemahiran Hidup Encik Wasli turut digunakan sebagai tempat belajar.
"Camana ni.."
"Dengar lagu dulu cari inspirasi.."
"Rasanya jawapannya ialah 'A'.Muktamad. Saya Kunci jawapan ini!"
Semoga murid-murid Tahun 6 SK Pengiran Jaya 2009 dapat menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan tenang, betul dan tepat dan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang. Usaha tangga kejayaan.

All the best!!!

"Once there was a winner. NOW it is YOUR TIME to show what you got."



Sunday, August 9, 2009

Hari PIBG 2009

Hari PIBG 2009
Pimping Youth - Juara Pertandingan Futsal sempena Hari PIBG SK.Pengiran Jaya Pimping yang telah diadakan pada 8-9 Ogos 2009.



Antara kumpulan yang mara ke peringkat suku akhir ..

Nusi F.C vs. Red Bluetooth 'A'

Paya Black List Ketam vs. Pimping Youth
All Star vs. Joker Joker Blue Seven

Pimping Mix vs. Kelab Futsal Taman Emas
Pasukan yang berjaya masuk ke separuh akhir.


Pertemuan antara pasukan Pimping Youth dengan Red Bluetooth 'A'

Pertemuan sengit antara pasukan All Star dan Kelab Futsal Taman Emas

Pasukan Pimping Youth dan Kelab Futsal Taman Emas telah berjaya masuk ke peringkat akhir dan Pimping Youth telah muncul sebagai johan Pertandingan Futsal Hari PIBG 2009


YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Mohd Arif, ADUN N24 Membakut selaku jemputan kehormat turut memeriahkan lagi sambutan Hari PIBG SK Pengiran Jaya Pimping 2009 dengan turut serta dalam pertandingan Futsal persahabatan dengan memakai jersi pasukan Unit PKR bertemu dengan pasukan PIBG SK Pengiran Jaya Pimping. Kemenangan berpihak kepada pasukan Unit PKR dengan jaringan 4-3 keatas pasukan PIBG SK Pengiran Jaya.



Saturday, August 8, 2009

Wednesday, July 29, 2009

Saturday, July 18, 2009

Kem Bestari Solat Fasa III


18 Julai 2009, Masjid As-Sa'adah Kg. Pimping : Kem Bestari Solat (KBS) fasa III kali ini melibatkan murid-murid tahun 3 dan tahun 4. Sekitar 50 lebih peserta KBS yang hadir terdiri daripada murid-murid lelaki dan perempuan dari SK Pengiran Jaya.

Beberapa orang guru terlibat menjadi penceramah dan fasilitator pada kem ini seperti Ustazah Hjh Kamariah, Ustazah Hasnah, Ustazah Zuzilah, Ustaz Ag. Mohd. Najib dan Ust. Herwan.

Antara LDK yang termuat dalam KBS ini ialah
  • Syarat wajib dan sah solat
  • kedudukan imam dan makmum
  • bacaan dalam solat
  • bacaan surah
  • pengertian bacaan dalam solat
  • lafaz azan dan iqamah





Para peserta kem sedang menikmati makan pagi waktu rehat.





Murid-murid tahun 3 khusyu' mendengar penerangan yang disampaikan oleh Ustazah Zuzilah dan Ustazah Kamariah.





Para peserta daripada tahun 4 melihat tayangan slaid sambil mendengar penerangan yang disampaikan oleh ustaz.


"Akmal...baca bacaan sujud dan pengertiannya".

Ambil perhatian...nanti lepas ni kamu buat amali pula...ok.


"ooo begitu caranya...bah lakas ta ustat kami nda sabar sudah kan solat ni".



Adik Hamdani (tahun 3) mengumandangkan azan.


"Bah, siapa lagi boleh azan...bah Tarmezi, kamu lah wakil tahun 4. Capat!!"


"الصلاة خير من النوم" kena suruh azan subuh pula.




Sunat melaungkan iqamah secara idraj (bacaan yang segera). Ini kerana iqamah itu dilaungkan kepada jemaah yang sudah hadir untuk bersembahyang. Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Bilal:
Maksudnya: “Wahai Bilal! Jika engkau azan, maka perlahan-lahan pada azanmu dan jika engkau iqamah, maka percepatkan.”

AMALI SOLAT JAMAAH


Imam Tarmezi bersiap untuk mengimamkan jamaah.


"Luruskan saf-saf kamu, kerana sesungguhnya saf yang lurus itu sebahagian daripada kesempurnaan solat berjamaah" -maksud hadis-






haaa..kaki tu biar betul,jangan telunjur jari-jari kaki tu, bagi berdiri tapak tu.">


- TAMAT -

*** Terima kasih kepada Ustaz Mohd. Najib kerana membantu menjadi fasilitator dan mengambil gambar semasa program. Jazakallah khaira kathira