Thursday, July 22, 2010

Hari-Hari Terakhir Pn Hjh Supinah



19 Julai 2010 lepas genaplah sudah perkhidmatan Pn Hjh Supinah Binti Ibrahim sebagai guru di sekolah. Beliau mula berkhidmat pada 01/04/1982 ditempatkan di SK MANSUD KUALA PENYU.

Selama 28 tahun berkhidmat sebagai guru di sekolah beliau telah banyak melahirkan banyak insan-insan yang berguna dan berjaya dalam hidup mereka. Terdapat juga bekas anak didik beliau yang sempat menjadi rakan sejawat di sekolah ini.

Apa-apa pun kami warga SK Pengiran Jaya Pimping mengucapkan selamat berpencen kepada Cikgu Hjh Supinah, semoga kerjaya mendidik akan terus mekar disanubari selagi masih mempunyai ruang dan luang dalam hidup ini.




No comments:

Post a Comment