Monday, July 13, 2009

Kelas Intensif Tahun 6

Bermula dari 3 Julai lepas, telah diadakan kelas intensif bagi tahun 6 sebagai persiapan untuk menghadapi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah. Seramai 22 orang yang mengikuti kelas ini daripada 23 orang murid tahun 6. Semua mereka adalah murid-murid yang tinggal berdekatan dengan sekolah. Subjek yang terlibat ialah BM, BI, Sn dan M3.

Kelas bermula dari jam 7.30 petang dan berhenti rehat pada jam 8.30 malam. Kemudian menyambung semula kelas dari jam 8.40 malam berakhir pada 9.40 malam.

Beberapa orang guru terlibat secara langsung untuk menjadi fasilitator, membantu murid dalam pelajaran. Sebenarnya tidak ada modul khusus bagi kelas intensif ini. Ia hanya mengulang kaji pelajaran lepas dengan beberapa pengayaan, pengukuhan dan pemulihan kepada murid yang belum menguasai satu-satu pelajaran.

Adalah diharapkan agar murid dapat mengambil peluang yang telah diadakan ini kerana mungkin belajar sendiri di rumah terdapat beberapa gangguan seperti televisyen, permainan video, komputer, internet dll.

Pepatah inggeris ada mengatakan "PRACTICE MAKE PERFECT".
Manakalah pujangga arab ada menyebut " man jadda wajada wa man kasala khasara " ( siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya manakalah orang yang malas akan rugi).

No comments:

Post a Comment